"Scanner nasi campur AI mengesan lauk automatik sepantas 2 saat. Kiosk layan diri Nasi Campur & Nasi Kandar pertama di Malaysia."
Menggaji juruwang hanya untuk menganggar harga lauk adalah mahal. Tenaga pekerja lebih baik difokuskan untuk persediaan makanan dan memberi khidmat pelanggan.
Pengiraan pinggan manual mengambil masa 20 hingga 45 saat setiap pelanggan, menyebabkan barisan panjang semasa waktu makan tengah hari.
Tiada lagi pengiraan manual. Sistem merekodkan setiap jualan secara automatik ke dalam laporan harian yang ringkas.
Sistem kiosk layan diri nasi campur automatik yang dilatih untuk mengenali lauk-pauk tempatan.
Terokai teknologi pintar yang memacu pengalaman pembayaran paling pantas dalam industri F&B.
Imbasan diproses menerusi model AI Awan berkelajuan tinggi. Membolehkan kemas kini model tanpa gangguan dan ketepatan pengiraan yang tinggi.
Memisahkan lauk bertindih. AI berjaya dilatih untuk membezakan nisbah nasi, kuah kari, dan protein.
Jejak jumlah scan, lauk paling popular, dan jumlah jualan secara langsung menerusi admin portal secara live
Apabila AI mengesan lauk tidak dikenali atau keyakinan AI rendah, sistem memberi amaran kepada staf secara automatik.
Sokongan terminal kad Visa, Mastercard, MyDebit, Apple Pay, serta integrasi DuitNow QR
Pencetak resit untuk mencetak resit pembayaran atau nombor order pelanggan.
Lihat lebih dekat penyediaan perkakasan, antaramuka pengguna, dan teknologi imbasan lauk kami.
Penerangan Imej
Berikut adalah cara kami memasang kiosk scanner nasi campur AI di restoran anda.
Tangkap 80-100 gambar hidangan nasi campur anda di atas pinggan. Lebih banyak gambar disediakan, lebih tinggi ketepatan AI.
Lihat Contoh Gambar Perkhidmatan fotografi di lokasi disediakanKami menilai set data anda untuk menjana skor ketepatan AI dan menyelaraskan model pengecaman lauk.
Sasaran Ketepatan: >95%Beritahu keperluan kiosk anda. Nyatakan bilangan kiosk, terminal kad, pencetak resit, dan sistem order di meja.
Sokongan sync pelbagai terminalJurutera kami setup AI sesuai keperluan restoran, membuat ujian, dan hantar terus ke premis anda.
Sedia imbas dalam beberapa saatPelan langganan fleksibel dan pakej sewa beli perkakasan mesra bajet untuk restoran & kantin anda.
Terima pembayaran kad debit & kredit di kiosk & kaunter.
Printer resit pembayaran untuk simpanan pelanggan.
Penyelesaian automasi penuh dengan pemantauan masa nyata dan sokongan manusia dalam gelung (human-in-the-loop).
KISAH PILIHAN UTAMA
Refleksi dari Glass Hall di Pulse Grand Hotel Putrajaya selepas membentangkan Bibora Vision AI pada cabaran keusahawanan dan inovasi IIUM (IEC 2026).
Pengujian sebenar di kantin sekolah mencapai 82% ketepatan pengecaman hidangan nasi campur pelbagai lauk secara automatik.
Bagaimana sistem imbasan visi komputer menyerupai pit stop 2 saat F1 bagi menghapuskan masa menunggu di kaunter bayaran waktu puncak.